PENAWARAN KURSUS TARANNUM AL-QURAN SIRI 2

Posted by JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH | Posted in | Posted on 20.1.11

0

Jabatan Pengajian al-Quran (FPI, UKM) akan mengadakan kursus Tarannum al-Quran siri 2bagi sesi 2011 yang bermula pada 26 februari- 24 september 2011. Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter pejabat Jabatan Pengajian al-Quran Dan al-Sunnah atau (us. Wan Hilmie: 0139616312 ) atau (syafiq: 0133107390 ) Sila serahkan borang pendaftaran selewat-lewatnya 15 februari 2011 berserta dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM50 dikaunter pejabat.

YURAN
Peserta Pelajar UKM : RM200
Peserta Pelajar Luar : RM300
Peserta Luar bukan pelajar : RM400

SILA AMBIL PERHATIAN:

*Kuliah diadakan pada setiap hujung bulan selama 8 bulan. Ujian syafawi dibuat pada bulan terakhir iaitu pada 24 Februari 2011. Manakala ujian bertulis akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

*Kredit jam keseluruhan sebanyak 36 jam. (setiap kuliah : 4 jam 30 minit)

*Kuliah bermula pada jam 9.30 pg - 2.00 ptg.

*Bayaran penuh baki kursus perlulah dijelaskan dalam dua kuliah sahaja iaitu pada 25 Februari 2011 (kuliah pertama) dan 26 Mac 2011 (pada kuliah ke-2)dan boleh berbuat demikian hanya dikaunter yang disediakan di tempat kursus diadakan.

*Kehadiran kuliah adalah WAJIB.

*Ujian Penilaian : Syafawi dan Bertulis.

*Anugerah Jabatan bagi pelajar terbaik.

*Sijil kursus disediakan.

Comments Posted (0)

Post a Comment